FAQ

  • SIAPAKAH YANG WAJIB MEMOHON

    1. Pengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan
    2. Pembuat makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan
    3. Penjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan (tempatan atau eksport)

  • KELAYAKAN PEMOHON

    1. Warganegara Malaysia,
    2. Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

  • CARA PERMOHONAN

    Secara atas talian sahaja. Sila rujuk lampiran berkaitan pada GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN MENGIMPORT/SIJIL PEMBUAT/SIJIL PENJUAL

  • FI ATAU BAYARAN

    Permohonan dibawah Lesen Mengimport sahaja dikenakan fi atau bayaran. Walaubagaimanapun, fi atau bayaran bagi Sijil Pendaftaran Pembuat dan Sijil Pendaftaran Penjual akan dikenakan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.

    Sila rujuk Jadual Ketiga [subperaturan 13(1)], Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Lesen Untuk Mengimport) 2012 dan Jadual Ketiga [subperaturan 15(1)], Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan) 2012 mengenai jumlah fi atau bayaran yang dikenakan.

  • PEMBAHARUAN

    Pembaharuan Lesen dan Sijil mesti dilakukan sebelum atau pada 1 Disember setiap tahun. Pemohon wajib mengisi rekod berkaitan sepanjang tahun berkenaan sebelum butang pembaharuan diaktifkan.

    Pembaharuan lewat Lesen Mengimport dan Sijil Pendaftaran Pembuat akan dikenakan denda sebanyak RM1000, manakala Sijil Pendaftaran Penjual akan dikenakan RM500.

  • TAKAT (DOSAGE) PENGGUNAAN SESUATU BAHAN MENTAH

    Pemohon wajib menyatakan dengan lengkap takat penggunaan (dosage) dan peratusan (%) serta maklumat-maklumat lain dengan lengkap pada Jenis Ramuan Mentah. Sila rujuk lampiran KEPERLUAN MENGISI TAKAT PENGGUNAAN DAN LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKAITAN

  • PENGIMPORT YANG MEMPUNYAI 2 PENGILANG DARI NEGARA YANG BERBEZA

    Merujuk kepada kilang Negara Asal yang melaksanakan proses terakhir bagi sesuatu produk itu.

  • PENGIMPORTAN DARI BUKAN NEGARA ASAL

    Dokumen COO/FSC dan COA yang hanya perlu dimuatnaik semasa membuat permohonan Lesen Mengimport adalah dari negara pengeluar sahaja.

  • PRODUK DARI PENGILANG OEM (PENGILANG KONTRAK)

    Label pada produk perlu menyatakan MANUFACTURED BY dan MANUFACTURED FOR.

  • PENGIMPORTAN TEMUKUT

    Perlu mematuhi syarat-syarat khas pengimportan Temukut (sila rujuk GARIS PANDUAN IMPORT TEMUKUT)

  • TEMPOH PENANGGUHAN KELULUSAN BAGI PERMOHONAN YANG MEMERLUKAN MAKLUMAT TAMBAHAN

    Tempoh 2 minggu diberikan kepada permohonan yang ditangguhkan/tidak mendapat kelulusan semasa Mesyuarat JKT MH bagi mendapatkan maklumat tambahan. Permohonan akan ditolak sekiranya pihak syarikat gagal mengemukakan maklumat berkenaan dalam tempoh berkenaan.

  • KEENGGANAN PIHAK SYARIKAT MENGAMBIL LESEN/SIJIL

    Syarikat diberikan tempoh 1 bulan untuk mengambil Lesen/Sijil. Selepas daripada tempoh itu, tempoh 1 bulan lagi diberikan beserta dengan surat/notis amaran. Lesen/Sijil yang tidak diambil akan dilupus dan pembaharuan pada tahun hadapan tidak akan diperakukan.

Kemaskini

22/6/2022
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 7+/Internet Explorer 9+/Safari 4+/Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 1024.

Alamat Pejabat

URUSETIA LEMBAGA MAKANAN HAIWAN,
SEKSYEN KAWALSELIA MAKANAN HAIWAN,
BAHAGIAN REGULATORI VETERINAR,
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR,
ARAS 1, LOT 4G1 BLOK PODIUM 1B, WISMA TANI,
NO.28 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, 62624 PUTRAJAYA.

Jumlah Pelawat

664,143


Tarikh Kemaskini : 04 November 2022